Monday, December 22, 2008

Abah

Abah,
kenapa tinggalkan kami?
kesian mak,
banyak perkara yang perlu ditanggung sendiri.

Abah,
kami rindukan abah,
kami tak pernah rasa kasih sayang seorang ayah,
tapi kami redha.

Abah,
tak lama lagi kami pasti dewasa,
kami akan bantu mak,
kami tak mahu lihat mak sedih lagi,
kami tak mahu lihat mak susah lagi.

Abah,
berjanjilah yang kita pasti akan berjumpa,
berjumpa di syurga,
kami akan sentiasa doakan abah.
Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.