Monday, December 22, 2008

Abah

Abah,
kenapa tinggalkan kami?
kesian mak,
banyak perkara yang perlu ditanggung sendiri.

Abah,
kami rindukan abah,
kami tak pernah rasa kasih sayang seorang ayah,
tapi kami redha.

Abah,
tak lama lagi kami pasti dewasa,
kami akan bantu mak,
kami tak mahu lihat mak sedih lagi,
kami tak mahu lihat mak susah lagi.

Abah,
berjanjilah yang kita pasti akan berjumpa,
berjumpa di syurga,
kami akan sentiasa doakan abah.
Al-Fatihah.

Adakah Peluang Untukku??

Sehari selepas aku fikirkan masalah yang datang tanpa henti itu,akhirnya aku buat satu keputusan.
tinggalkan dia itu lebih baik. Aku dah takde pilihan lain. Aku tau dia pasti sedih tapi aku tak boleh buat apa-apa. lagi pun dia boleh cari kebahagiaan sendiri. tapi sangkaan aku semua meleset. dia tak boleh terima. satu hari tu aku dituduh curang kerana ketika itu aku bersama seorang lelaki. aku dihina depan lelaki itu,katanya aku hanya memerlukan alasan yang tak munasabah untuk tinggalkan dia. katanya lagi aku perempuan tak guna hanya tahu permainkan lelaki. sedangkan yang bersama dengan aku itu adalah doktor peribadiku. tahukah dia alasan sebenar aku tinggalkan dia? aku tahu kami pernah berjanji akan berkongsi suka duka bersama tapi apa perasaan bagi seorang insan yang sudah mengetahui tarikh matinya? semua terpulang pada takdir. hari-hari yang aku lalui sungguh bermakna kerana banyak perkara yang aku perlu tunaikan. setiap hari aku memikirkan bagaimana bila aku mati. perasaan takut sentiasa menyelubungi. aku akan tinggalkan ramai orang yang aku sayang,mak,abah,kakak,abang,adik dan dia kekasihku. sedih rasa hati tapi apakan daya aku perlu redha walau jauh disudut hati aku masih mengharapkan tuhan memberikan aku peluang untuk terus melalui hidup ini. untuk perbetulkan kesalahan aku untuk menebus dosa-dosa yang pernah aku lalui. aku tak dapat lagi senyum seperti orang lain,tak dapat lagi merasa kenikmatan hidup dan yang paling sakit aku perlu tinggalkan mereka yang aku sayangi. aku perlu bersedia tapi masalahnya aku tak bersedia lagi. sedang aku menangis sendiri tiba-tiba aku dipeluk oleh seseorang dari belakang. bau badannya dapat aku kenali. dia???mengapa dia kembali setelah apa yang telah berlaku? rupanya dia sudah mengetahui. dia turut menangis. aku tidak bisa berkata apa-apa. yang hanya dapat aku lafazkan ketika itu aku benar-benar menyayanginya dan berharap dapat bertemu dia sebelum aku pergi. mungkin aku tidak dapat menghabiskan cerita ini. apa yang berlaku sudah di takdirkan.

Dia sudah pun meninggalkan aku setelah memberi aku kebahagiaan,harapan,cinta,kasih sayang aku pasti merinduinya. aku perlu teruskan hidup. berharap dia akan kembali tapi hanya didalam mimpi.kisah kami tamat sampai di sini.terlalu banyak kenangan bersama tapi tuhan lebih sayangkan dia. aku perlu berusaha mencari kebahagiaan setelah apa yang berlaku mungkin sukar untuk aku mulakan hidup baru. tapi aku tahu dia inginkan aku bahagia. aku juga berharap aku di berikan peluang untuk hidup bahagia bersamanya walaupun aku tahu dia tidak mungkin kembali.